About me....

About me....

About Me

Foto saya
All About Nabilah Jaafar ~Nineteen ~Im Johorean

22 Januari 2011

Atasi Tekanan Jiwa mengikut terapi Solat

Atasi Tekanan Jiwa mengikut terapi Solat

Salam.Masyarakat semakin sakit….gejala sosial yang berlaku tidak putus-putus telah meresahkan umat Islam lain.Alasan kurang didikan agama bukan tidak tepat tetapi kurang keberkesanannya.Kaum lain seperti Cina,India dan Kristian begitu tebalkah didikan agama mereka.? Remaja dan belia kini lebih cenderung mencari hiburan dan melakukan kemaksiatan dengan alasan hendak mencari ketenangan.Kembalilah ke jalan Allah sahabat-sahabat dan anak-anakku…
Islam adalah satu cara hidup.Ini adalah kebenaran.Islam adalah Ad-deen yang mencakupi segala ruang kehidupan kita.Islam teah menggariskan panduan hidup itu ada pada pada Al-Quran dan sunnah serta hadith-hadith Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.

Sekiranya kamu semua berasa teramat sedih dan buntu fikiran serta serabut perut,pertama sekali ingatlah bahawa itu ialah ujian Allah kepadamu.Perasaan itu timbul dari hati, dan sipakah pencipta hati dan perasaan? Sudah tentulah Allah S.W.T.Jika Allah mampu memberikan perasaan itu kepada kita dan sudah tentulah Allah akan dapat ,menarik perasaan itu jauh dari hati dan memberikan ketenangan kepada diri dan hati kita.Apa yang kita perlu lakukan? Langkah apakah yang perlu diikuti? Islam menyeru umatnya agar sentiasa bertawadu’ dan merendah diri dihadapan penciptanya.
Terapi melalui Solat membawa maksud Bersolatlah anda semua dan juga diri saya sendiri.Ibadah ini mengandungi bacaan dan zikir yang jika difahami maksud dan erti katanya merupakan doa kepada Allah.Penyerahan diri kita kepadanya merupakan keterlansungan penyerahan semua yang ada kepadaNYA.Ayat 6 surah Al-Fatihah “kita memohon petunjuk daripada Allah S.W.T diatas setiap perkara yang kita lakukan dan Allah memberikan jalan yang benar kepada kita.” Dalam ayat yang seterusnya bermaksud “ Kepada Engkau kami memohon pertolongan” lihatlah semua kita memohon padaNYa agar diri kita sentiasa ditunjukkan jalan yang benar.Niatkan dalam hati memohon pertolongan dari Allah yang sentiasa mendengar dan mengetahui setiap apa sahaja yang kita lakukan.

Sekiranya tekanan itu berpunca daripada penyesalan diatas dosa-dosa yang telah dilakukan,menangislah sepuas-puas hati kepada Allah S.W.T dengan tangisan yang penuh berisi penyesalan.Jangan takut atau bimbang biar setinggi langit dosa yang dilakukan,ambil air sembahyang,sucikan diri dan bersolatlah.Allah tidak pernah menolak hambaNYa yang bermohon dan meminta kepadanya. Apabila menangis mengadu kepada Allah,menangis dan mengadulah kepada Allah dengan hati yang jujur dan ikhlas,betulkan niat tekadkan dalam hati sebagaimana kita mengadu kepada emak kita dulu..Percayalah InsyaAllah anda semua akan mendapat ketengan yang anda cari selepas selesai solat apatah lagi jika dilanjutkan dengan bacaan Yassin.

Surah Al- Baqarah ayat 284 yang bermaksud” Segala apa yang ada dilangit dan di bumi adalah kepunyaan Allah.Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati atau kamu menyembunyikannnya,nescaya Allah akan menghitng dan menzahirkannya kepada kamu,kemudian Dia mengampuni sesiapa yang dikehendakiNYA dan menyiksa sesiapa yang dikehendakiNYA.Dan ingatlah Allah amat berkuasa atas setiap satu-satunya….”
Ingatlah semua….Allah S.W.T telah menyatakan jawapannya dalam Al Quran surah Al-Ra’d dalam ayat 11 yang bermaksud “ Sesungguhnya Aku tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah sendiri keadaan diri mereka sendiri…

Sebagai seorang guru..saya merasakan tanggungawab saya sangatlah besar, bukan sahaja di sekolah tetapi masyarakat di sekeliling umumnya.Kalau boleh saya tidak mahu saya disoal dan dipersoalkan di akhirat kelak apakah yang saya lakukan sebagai guru kepada umat Islam lain.

Anak-anak dan saudara-saudara Islamku …sebagai manusia kiat hanyalah manusia biasa yang memerlukan orang lain dalam hidup kita untuk kita hidup.Pastinya yang paling dekat dengan kita ialah ibu-bapa kita adik-adik kita dan teman-teman rapat kita.Mengapa dijauhi mereka terutamanya ibu bapa kita.Mereka semua ini adalah orang yang boleh menolong kita.Oleh itu yang paling penting ialah hati yang bersih,akal yang boleh berfikir,emosi yang stabil agar dapat menjalani hidup seharian yang lebih baik.Ada kalanya kita tidak dapat mengatasi tekanan secara bersendirian,jadi kongsikanlah tekanan yang dihadapi dengan Allah,ibu-bapa dan orang-orang yang kita sangat percayai.Mungkin dengan itu tekanan yang dihadapi akan hilang dengan sedikit demi sedikit.
Sekian.Assalamualaikum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan