About me....

About me....

About Me

Foto saya
All About Nabilah Jaafar ~Nineteen ~Im Johorean

09 Jun 2011

Dira abu zahar nak kawen wo!

 Hos Melodi, Dira Abu Zahar, 27, mengesahkan yang dia bakal menamatkan status ibu tunggalnya bersama tunangnya, pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof, 33, pada 11 November 2011 ini.

Malah, pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar akui dia kini sudah mula melakukan beberapa persiapan sebelum menjelang hari bahagianya bersama pilihan hatinya itu.

"Alhamduliah kami sudah pun sepakat memilih tarikh 11.11.11 untuk disatukan. Insya Allah kami akan melangsungkan pernikahan kami di rumah keluarga saya yang terletak di Merlimau, Melaka.

"Kami akan melangsungkan pernikahan pada malam hari tersebut dan jika tiada ada aral melintang kami akan mengadakan majlis resepsi pula pada 13 November 2011 (Ahad) di Kuala Lumpur.

"Setakat ini kami baru buat sedikit persiapan dan tak mahu tertekan dengan majlis kami. Kami hanya lakukan apa yang termampu dahulu kerana takut nanti rushing di saat-saat akhir majlis pula," jelas Dira Abu Zahar kepada murai.com.my

Tambah ibu kepada Tengku Anggun Deandra Tengku Shafiz-Rullah, 3, ini lagi dia bersyukur kerana hubungannya dengan Helmi yang juga bekas tunang aktres jelita, Nasha Aziz itu bertambah serasi. Lebih-lebih lagi, apabila hubungan mereka sudah pun mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

"Saya bersyukur sangat bila ibu bapa Helmi sangat menerima baik kehadiran saya. Mereka sangat berfirkiran terbuka walaupun saya hanyalah seorang ibu tunggal dan bakal berkahwin dengan anaknya yang memang berstatus bujang.

"Itu sudah cukup menjadikan hubungan kami semakin serasi. Bukan itu sahaja, anak saya dan Helmi pun saya nampak juga sudah mula selesa bersama. Ini membuatkan hati saya bertambah senang.

"Yelah, saya kan datang dengan 'pakej'. Bagi saya, sesiapa yang mahu menerima saya mesti boleh menerima bersama anak saya," kata bekas isteri kepada Tengku Shafiz-Rullah As Syafie Tengku Mohd. Shahidd atau lebih dikenali sebagai Ash.

Dira bagaimanapun mula mengenali Mohd Helmi sejak setahun lalu. Kali pertama mereka bekerjasama ketika Dira terbabit dalam telefilem SMS (Salah Mesej Suami) terbitan Vision Work. Hubungan mereka bagaimanapun mula rapat ketika masing-masing terbabit dalam produksi filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki.

Setelah tiga bulan menjalinkan hubungan cinta, mereka kemudian mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 15 Februari lalu di rumah keluarga Dira di Merliamu Melaka.

Selain menggalas tugas sebagai hos Melodi dan baru-baru ini menjadi pengarah muzik video Andi A. Merican yang berjudul Solo, Dira juga sedang giat mengusahakan sebuah Restoran Ibu Jah milik keluarganya juga bersama tunangnya yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.


Adoyaii..,tak saba weyh nak tgk wedding kamoo la dira!!  =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan