About me....

About me....

About Me

Foto saya
All About Nabilah Jaafar ~Nineteen ~Im Johorean

22 Jun 2012

Nothing to say,but i had to say.

Hari-hari aku berulang-ulang dengan saat yang banyak telah aku sisa kan.Masih menganggur dan masih mencari kekuatan dan keyakinan untuk menempuh sesuatu yang baru.Aku masih tidak mempunyai hala tuju yang tepat.Orang-orang hanya mampu berkata-kata.Telinga ini hanya mampu mendengar,hati ini masih mampu bertahan,akal masih mampu bertindah waras,airmata masih mampu menahan untuk tidak mengalirkan  cecair itu.Keadaan keluarga yang semakin berubah.Bumi sudah berputar ke bawah mungkin.Ada yang masih 'Desperate' mencari lelaki idaman atau jodohnnya.Kenangan hanya mampu berlegar-legar diminda dan tidak mampu untuk mengubah keadaan kini menjadi lebih baik malah mungkin bertambah teruk.Masih mencari identiti diri untuk menguatkan diri untuk menjadi wanita yang sebenar.Ada yang usia bertambah tetapi masih tidak dapat mengawal akalnya untuk bertindah dewasa dan lebih matang.Mereka juga hanya mampu berkata-kata tetapi mereka tidak tahu dan faham keadaan itu.Hati tidak mampu untuk menghantar data kepada akal supaya berkata-kata seperti apa yang mereka mahukan.Semua manusia mempunyai kelemahan masing-masing dan aku tidak mampu dan tidak mempunyai ilmu tentang berkomunikasi dengan baik dan aku jugak tidak mempunyai keyakinan yang kuat untuk bersua dengan mana-mana makhluk di dunia ini.Hanya orang tertentu sahaja aku mampu menunjukkan diri aku yang sebenar.Aku masih berharap akan ada suatu sinar dan suatu kejayaan yang aku akan dapat,Mungkin suatu hari nanti.Ya,mereka hanya mampu berkata yang aku hanya malas menimba ilmu.Mana taknya dua kali pernah menjadi seorang pelajar kolej di kolej yang berbeza.Tetapi semua yang aku lakukan ada sebab yang tertentu yang aku tak mampu ungkapkan kepada mereka semua.Biarlah Allah sahaja yang tahu.Setakat ini badan ini dan jasad ini masih lagi berfungsi dengan baik.Aku masih bersyukur kepada-NYA.




22 June 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan